Setiap pelajar yang pasti akan menghadapi masalah dan ujian daripada Tuhan. Saudari tidak sepatutnya mengeluh dan berputus asa dengan cepat apabila melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah atas, saudari harus berfikir dengan lebih matang. Apabila kita menghadapi kegagalan, tidak bermaksud kita akan gagal selamanya. Saudari mengatakan bahawa masa saudari banyak dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran tetapi prestasi saudari masih tidak memuaskan. Mungkin saudari menggunakan teknik belajar yang salah. Walau bagaimanapun, saudari tidak perlu bimbang kerana masih belum terlambat untuk berubah.