Saya ke aeon sebulan dua kali untuk perbelanjaan keperluan harian.Biasanya saya pergi dengan suami dan kedua anak saya.Saya perlu berbelanja keperluan asas seperi beras,lauk pauk dan pakaian untuk keluarga.Kami memilih aeon kerana lokasi yang berdekatan, dan juga mempunyai kad kesetiaan.Dengan kad kesetiaan kami boleh megumpul mata dan juga menukarkannya kepada voucher.Selalunya kami membeli belah pada hari Sabtu dimana plastik tisak dibekalkan.Kami membawa beg sendiri dari rumah.Sampai disana kami akan makan dahulu kerana kami memperuntukkan belanja untuk sekali sekala makan di luar.Anak anak bermain sebentar di arena ,tempat permainanan kanak-kanak.Kemudian kami pegi membeli buah-buahan ,sayur -sayuran dan beras.Sayur disini segar dan agak murah.Agak mudah untuk membeli di pusat membeli belah yang meyediakan semua keperluan.Kami dapat menjimatkan masa dan berjimat dengan membeli barangan yang mempunyai tawaran diskaun.Selain itu ,kami dapat merasa produk baru melalui sampel yang dimasak dan diperkenalkan jurujual.