Saya sebut perkara ini sepintas lalu supaya kita dapat menggambarkan perubahan pada persekitaran yang perlu kita lakukan tetapi yang penting kita mesti faham bahawa asas prinsip perjuangan kita sepertimana yang telah diasakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kita tidak berubah, masih kekal sehinggalah pada hari ini, umpamanya kalau kita sebut tentang Islam UMNO merupakan parti yang paling besar sekali sejarah jasanya untuk Islam di tanahair ini.