Sepanjang hidup Bujal tidak pernah melancong ke mana-mana. Oleh itu, dia tidak tahu hal-hal yang berlaku di luar kampungnya. Dia amat gembira apabila mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di Britain. Kesempatan itu tidak akan dilepaskannya. Walaupun dia ditawarkan meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan, namun dia menolaknya kerana tahu kemampuannya lebih menyerlah dalam bidang ekonomi.