Carta ini adalah tentang sejenis tumbuhan herba bernama Roselle. Di Malaysia, lazimnya Roselle dijadikan minuman atau diawet untuk dimakan sebagai snek. Selain itu, Roselle juga digunakan sebagai bahan pewarna semulajadi dalam makanan dan minuman. Roselle digemari oleh semua lapisan masyarakat. Rasanya disukai oleh orang tua dan orang muda. Herba ini juga mudah didapati disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja di pasaraya, malah di kedai runcitpun Roselle boleh dibeli. Tumbuhan ini dipercayai berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Roselle dipercayai bertindak sebagai antiseptik dalam tubuh manusia. Sehubungan itu, dapat membantu merawat beberapa masalah kesihatan. Disamping melegakan batuk, Roselle juga merawat penyakit hati. Selain itu, tidak ketinggalan juga penyakit kronik seperti barah.