Semasa menonton adegan-adegan yang penuh dengan ketegangan,keganasan atau kekejaman,kanak-kanak akan mengalami ketegangan fikiran dan seterusnya mereka akan dilanda perasaan takut.Sebenarnya adegan yang ganas ,kejam dan sebagainya tidak patut ditonton oleh mereka .Sebaliknya,terdapat banyak cerita yang boleh dipertontonkan kepada mereka seperti cerita-cerita kartun yang bertemakan sifat-sifat murni ,siri-siri dokumentari sains dan sebagainya yang bercorak pengetahuan.