Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran
Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang mengalami lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan supaya penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. Penawaran yang berlebihan akan menyebabkan harga menurun sementara penawaran yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kenaikan harga. Dengan bantuan pengangkutan,harga akan dapat distabilkan kerana lebihan penawaran dapat diagihkan ke tempat yang mengalami kekurangan.