Barulah aku sedari bahawa aku direka khas untuk memudahkan manusia
berhubung dengan keluarga atau dengan rakan-rakan mereka. Kini aku memainkan watak
sabagai sebuah pondok telefon. Aku boleh digunakan sama ada dengan duit syiling
ataupun dengan kad. Aku diletakkan di depan sebuah sekolah bersama-sama sebuah
pondok telefon yang lain. Aku mula betapak di situ dan mula digunakan dengan rakus.