Peribahasa ini sinonim dengan peribahasa “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Contohnya, jikaseseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. Begitu juga halnya jika seseorang murid itu gagal dalam peperiksaan. Dia mesti berusaha denganlebih gigih dan tabah. Kegigihan dan ketabahan usahanya itulah yang akan menjanjikan kejayaan buatdirinya. Sebenarnya, kepayahan dan kegagalan masa lalu dapat dijadikan penggerak untuk meneroka puncakkejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa. Usaha dan ikhtiar yang maksimum tentunyamerealitikan fantasi.Sehubungan dengan itu, seseorang yang benar-benar mahu menebus sesuatu kegagalan, akanmelakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Jika dia tidak bersemangat maka berbagai-bagai alasan akandiberikan.Kesimpulannya, peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” mampu mengingatkan kitabahawa sesuatu pekerjaan yang sukar akan berhasil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh