Perancangan merupakan aktiviti yang terpenting dalam tugas Pengurus Projek. Aktiviti ini perlu dilakukan dengan terperinci dan secara profesional. Proses perancangan ini hendaklah mudah dan praktikal serta hasilnya tidak diperolehi dengan segera. Kejayaan pelan perancangan yang dilakukan adalah bergantung kepada sejauh mana pemahaman dan pelaksanaan peranan seorang pengurus dan kumpulannya. Ingin mewujudkan kreativiti dalam pelaksanaan pembangunan yang makin pesat. Ingin mewujudkan masyarakat bumiputra yang mahir dan kreatif pada masa akan datang. Pelan perancangan kebiasaanya tidak terlalu tegar (rigid) dan proses perubahan selalu dilakukan bagi menjamin keberkesanannya dalam pencapaian matlamat asal. Projek asas perancangan sentiasa berpandukan cara pentadbirannya