Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.
Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul. Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat ” perubahan yang mengelirukan pengguna bahasa Melayu( baku)”, seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa Melayu baku.
Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasa Melayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada era globalisasi dan ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar menguasai bahasa Melayu baku.
Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul. Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat ” perubahan yang mengelirukan pengguna bahasa Melayu( baku)”, seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa Melayu baku.Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasa Melayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada era globalisasi dan ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar menguasai bahasa Melayu baku.
正在翻譯中..
![](//zhcntimg.ilovetranslation.com/pic/loading_3.gif?v=b9814dd30c1d7c59_8619)