Cuaca hari itu panas terik. Saya menunggang basikal ke sekolah untuk menjalani latihan bola sepak sambil menyanyi dengan gembiranya.
Ketika mengayuh basikal , tiba-tiba saya terdengar bunyi yang amat kuat di suatu persimpangan jalan. Saya bergegas ke tempat itu. Rupa-rupanya , ada kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Proton Saga dengan motosikal.
Beberapa minit kemudian , orang ramai datang untuk memberikan pertolongan kepada mangsa kemalangan. Penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan. Anggota polis bertungkus-lumus untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Keadaan di situ sungguh menyayat hati semua orang.
Tidak lama kemudian , ambulans pun tiba di tempat kejadian. Mangsa kemalangan terus dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan. Pemandu kereta pula ditahan oleh polis untuk disoal siasat.
Kemalangan dahsyat yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal itu sungguh menyayat hati saya. Selepas itu, saya pun terus menunggang basikal menuju ke sekolah. Saya mengayuh basikal dengan berhati-hati agar kemalangan tidak berlaku