Selang setahun kemudian, aku didatangi oleh seorang pelajar lelaki dari sekolah
yang berdekatan. Merah padam wajahnya kulihat upama udang sedang dibakar. Dia
datang dengan persaan marah menyala. Dengan kasar, dia menekan gigku secara
bertalu-talu. Sakit dan geram sungguh aku melihatnya. Namun, kesabaran sahaja
yang dapat aku tunjukkan. Sungguh kasar bahasa yang digunakan oleh budak itu ketika
menyalurkan bahasa lisannya ke corong mulutku. Terasa muak aku memakan kata-katanya.