Saya jarang melakukan perbelanjaan dalam menghadiri seminar kerana saya kebiasaannya menghadiri majlis ilmu terbuka atau belajar melalui orang di sekeliling saya. Terdapat pelbagai blog yang berkongsi ilmu kepada followers nye di mana saya dapat menjimatkan perbelanjaan untuk menghadiri seminar untuk meningkatkan diri saya. Latihan dan bakat saya akan belajar melalui youtube atau facebook. Saya akan menghadiri seminar seperti law of attraction yg dapat memperbaiki diri saya untuk lebih hebat berbanding diri yang dulu. Seminar harus dihadiri untuk belajar daripada pengalaman namun ia tidak bermaksud wajib untuk dihadiri. Saya akan pergi seandainya ada lebihan wang untuk ke seminar itu. Seandainya tiada ia tidak bermaksud saya harus meminjamkan wang dengan orang lain demi menghadiri seminar itu. Ilmu untuk menaikkan diri boleh didapati dengan ebook online apa yang penting adalah bagaimana kita mempraktikkan ilmu yang telah kita dapati di dalam seminar itu.