Beliau mahu meninjau sendiri apa sebenarnya berlaku di peringkat akar umbi. Hasilnya terbukti rakyat semakin berasa dekat dengan kepemimpinan negara yang berhati mulia ini. Semua tempat yang dilawatinya secara tidak formal mendapat sambutan begitu menggalakkan rakyat daripada pelbagai kaum dan peringkat masyarakat. Najib dalam setiap lawatannya tidak membawa protocol bersamanya, selain diri pemimpin itu yang bersifat ketua rakyat sahaja yang dikeleknya bersama. Begitulah sifat seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.