mendarat
Penjajahan Pulau Pinang
Saingan daripada Perancis ekoran Perang Napoleon di Eropah menyebabkan pihak British terpaksa mencari sebuah pangkalan baru bagi menyaingi Perancis di Asia Tenggara. Setelah mendapati Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan baru British, mereka menghantar Francis Light ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasannya, berjanji bahawa British akan membantu tentera Kedah dari segi bantuan pertahanan sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak memiliki kuasa untuk berbuat sedemikian