Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurang dan mengetepikan pengenalan etnik melalui fungsi ekonomi. Program-program termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan perwujudan masyarakat industri dan komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara (Ahmad 1988).