Sekarang banyak kemudahan Online terutama membeli belah secara Online. Saya kerap membuat belian barangan kering dan basah melalui tesco online.. Dalam minggu pertam setiap bulan saya akan membeli barangan keperluan di pasaraya berhampiran dalam kuantiti yang besar. Ketika masuk minggu ke dua atau ketiga saya akan membuat servey Promosi didalam tesco Online . Membeli barangan kering yang ada promosi amat berpatutan berbanding membeli barangan tersebut di kedai runcit yang berhampiran. Saya juga kerap membeli barangan basah seperti ikan ayam daging dan sayur sayuran pada hujung minggu keran waktu ini banyak promosi diadakan sehingga 30% diskaun. Memang berbaloi ditambah dengan caj pengangkutan adalah percuma. Ditambah pula tesco Online amat prihatin dalam penyedian barangan yang dipesan. Barang2 yang dipesan selamat sampai dan berada dalam keadaan yang amat bagus termasuk barangan segar seperti ikan buah buahan dan sayur sayuran. Setakat ini saya sudah menggunakan perkhidmatan tesco Online sudah menjangkau setahun setengah dan setakat ini perkhidmatan yang diberikan tidak pernah mengecewakan. Untuk memastikan kerja lebih mudah pastikan ketika barang sampai semak dahulu barangan sama ada sama dalam senarai atau tidak. Jika sama tapi kita mahu kurangkan kuantiti atau tidak memuaskan hati kita boleh pulangkan waktu itu juga. Jadi akan menjimatkan masa untuk proses pemulangan.