1) Melayari laman web.
Saya telah mengumpul pelbagai maklumat melalui laman web sepanjang menjalankan kajian ini supaya membantu saya memahami dengan jelas perbezaaan tentang penggunaan penggolongan kata.
2) Media Sosial
Saya telah mendengar radio and menonton televisyen dengan sarikata Bahasa Malaysia untuk meningkatkan tahap penggunaan penggolongan kata semasa menulis dan bercakap.
3) Kaedah Berkomunikasi
Saya telah berkomunikasi dengan rakan-rakan saya supaya membetulkan kesilapan saya dalam penggunaan penggolongan kata Bahasa Malaysia ketika menjalankan kajian ini. Selain itu, pensyarah-pensyarah saya juga membantu saya membetulkan kesilapan saya supaya meningkatkan tahap penggunaan penggolongan kata semasa bercakap.