Sesungguhnya, dengan melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah mendapat banyak maklumat mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum sayaketahui sebelum ini. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap keluragasaya setelah melakukan kajian ini.
Selepas melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya juga telah mengenal denganlebih rapat lagi ahli keluarga saya. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dan hubungansilaturrahim dapat dirapatkan lagi.Terakhir, kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang sangat berguna. Antara kemahiran tersebut ialah, kemahiran mencari, mengumpul danmenganalisis maklumat dan data tentang salasilah keluarga saya.