Tambahan pula, krisis makanan disebabkan keadaan cuaca juga akan menjejaskan keselamatan makanan secara tidak langsung. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan sering berubah akan memberi impak yang besar kepada produktiviti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan. Cuaca ekstrem yang panas melampau atau banjir besar boleh menyebabkan kerosakan tinggi yang menjejaskan bekalan bahan makanan untuk kegunaan tempatan.