Keluarga
ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Kasih sayang keluarga adalah hartayang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit.Oleh itu, setiap anggota keluarga perlu mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka bagi mengekalkan hubungan silaturahim antara anggota keluarga Setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Definisi bagi nilai tersebut adalah menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adapt dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga. Mengekalkan tradisi kekeluargaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaan yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladanyang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tangga yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya.Selain itu, setiap anggota keluarga harus mempunyai nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Definisi bagi nilai tersebut ialah memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluargayang harmoni. Salasilah keluarga memberi gambaran yang jelas mengenai tali perhubungan atau persaudaraan keluarga. Justeru, keluarga yang bahagia dapat diwujudkan sekiranya keluarga tersebut mengamalkan tradisi kekeluargaan.Ibu bapa harus merancang aktiviti bersama-sama keluarga mengenai tradisi keluarga yang akan diadakan. Ahli keluarga akan merasakan bahawa mereka juga merupakan sebahagian daripada proses perancangan amalan tradisi tersebut. Anak-anak adalah pewaris generasi masa kini, maka setiap aktiviti yang kita lakukan bersama dalam tradisi keluarga akan menjadi ikutan mereka apabila dewasa kelak.