kesan yang paling buat saya positif adalah mengenai teguran seorang guru yang amat saya sanjung dan sayangi. dia lah yang membuatkan saya sedar daripada lamunan jiwa remaja saya. teguran tersebut menyedarkan saya bahawa saya perlu berubah dan mengorak langkah untuk menempa kejayaan. saya bukan lahir daripada keluarga yang senang dan bahagia. tetapi saya perlu berubah. guru tersebut selalu mengambil berat tentang saya. dia menasihatkan saya sehinggan la saya 100% berubah daripada seorang pelajar bermasalah kepada pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah dan guru-guru. saya amat gembira kerana saya boleh menguasai segala ilmu di sekolah yang selama ini saya anggap hanya inpian sahaja, saya dapat meningkatkan keupayaaan diri saya di dalam pembelajaran saya. alhamdulillah, lihat lah sekarang saya berada di mana? saya sentiasa terus berlumba untuk menjadi yang terbaik selari dengan ajaran islam. terima kasih cikgu.