Pusat Beli-belah Bestari mengadakan jualan murah. Kebanyakan barang diberi
diskaun, malah ada yang dijual pada harga runtuh. Ramai orang berkunjung ke
pusat beli-belah itu.
Kim Ho menemani ibunya untuk mencari barangan dapur dan makanan. Dia
ternampak biskut kegemarannya di atas rak tetapi rak itu tinggi. Kim Ho
tidak dapat mencapai tin biskut itu.
Mula-mula, Kim Ho hendak memanjat rak itu tetapi dia sedar bahawa
perbuatannya itu akan membahayakan dirinya. Dia mungkin jatuh dan cedera
jika berbuat demikian. Kim Ho pun meminta bantuan ibunya
Mengapakah ramai orang berkunjung ke Pusat Beli-belah Bestari?