Saya tinggal di Chemor Perak, kawasan saya berhampiran bandaraya ipoh, ibu kota bagi negeri perak. Kawasan tempat tinggal saya adalah bercirikan rumah teres 2 tingkat. Di sini mempunyai pelbagai kemudahan kedai runcit disekitarnya. Restoran-restoran mudah diperolehi di sini. Kawasan saya juga telah membangun pusat membeli belah yang berjenama seperti Aeon , Econsave. Maka tidak menjadi satu masalah bagi saya dalam menghadapi kehidupan di kawasan yang sedang membangun dengan pelbagai kemudahan prasarana yang lebih baik. Dalam hubungan saya dengan jiran pula, kami menjalinkan hubungan yang agak baik sesama jiran .Saling bertanya khabar antara satu sama lain. Bertanggungjawab dalam segala isu yang terjadi dalam taman kami. Pelbagai aktiviti kekeluargaan dirancang oleh Rukun tetangga taman ini untuk mengeratkan hubungan antara penduduk si sini. Ini menyebabkan saya lebih menyukai tinggal di sini.