saya telah mengadakan majlis sambutan hari raya kecil kecilan di rumah saya. saya dan insteri saya telah bersama sama menyiapkan juadah lebih kurang seminggu selepas raya. tujuan saya mengadakan open house adalah untuk lebih merapatkan hubungan dengan sanak saudara saya, jiran serta rakan rakan saya serta isteri termasuklah rakan sekerja. mulanya saya bercadang untuk mengadakan secara besar besaran dengan menjemput lebih ramai kawan dan mendirikan khemah yang besar tetapi disebabkan faktor kewangan dan masa yang terhad kami mengadakan jamuan kecilan sahaja di dalam rumah kami dengan menjemput ahli keluarga terdekat, jiran dan teman terapat sahaja. tujuan majlis juga adalah untuk bacaan doa selamat sempena kelahiran anak sulung kami. majlis kami berjalan dengan lancar dan kebanyakan ahli keluarga, jiran dan teman yang dijemput hadir. ini kali pertama saya mengadakan rumah terbuka dan ia tak sesukar yang disangka