Sempena lawatan berkenaan juga, Abdullah dijangka menyampaikan anugerah Pingat Jasa Malaysia kepada bekas tentara Australia yang pernah berkhidmat di Malaysia. Pingat berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada jasa mereka yang turut sama dengan pasukan tentera Komanwel ketika zaman darurat, konfrontasi dan menentang tentara Jepun pada awal 1940-an.