Barangan untuk seharian utama untuk keluarga saya adalah seperti Bihun kering, kertas tandas, kopi segera, tablet vitamin c, herba yang mengurangkan panas, mi cawan segera vegetarian, pencuci tangan. Atas sebab adik saya cacat akal, dia tu bukan main hanya tau memilih makan, buat sakit kepala kita orang, beli aje sup berkhasiat kat luar kemudian masak bihun kering untuk dia. Kadang-kala saya pon makan juga. Kertas tandas amat penting di keluarga saya, kerana kita ornag bukan aje menggunanya dalam tandas, kita juga menggunanya tuk bersihkan mulut selepas makan, untuk bersin bile perlu, untuk lap tompok kecik yang kotor bila ternampak dan sebagainya. Mak saya adalah kaki kopi segera, dia tak boleh hidup tanpa minum kopi segera dalam sehari, dia delalu mencuba jenama kopi yang berlainan, dan membelinya dengan banyak kalau ada promosi. Tablet Vitamin C tu penting, sebab adik saya makan ubat sejak dia kecil lagi, dia cacat akal dan memilih makan, jadi kita ornag hanya boleh beikan tablet vitamin C untuk dia. Disebabkan dia makan ubat setiap hari untuk mengawal penyakit dia sejak keil lagi, badan dia rasa panas dari dalam, jadi, kita orang pon kena masak air herba yang boleh mengurangkan kepanasan sebegini untuk dia setiap hari, kadang-kala, kita sendiri pon minum juga. Saya adalah pemakan sayur, jadi, benda yang boleh makan pon bukanlah banyak, tapi selalunya jika lapar tapi bleum sampai masa makan malam, saya akan makan mi cawan segera. Saya ini agak cerewet sikit bila pasal cuci tangan. Saya selalu mencuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas guna tandas dan sebagainya, oleh itu, pencuci tangan amat penting pada saya.