Mahasiswa juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran menghasilkan resolusi dan penyelesaian terhadap sesuatu persoalan yang dihadapkan kepada mereka. Menerusi kemahiran ini, sesuatu ilmu itu perlu diamalkan oleh penuntutnya. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan mestilah menjadi kekuatan dalaman seseorang bakal pekerja. Tanpa kemahiran ini, sukar untuk mereka diterima bekerja.