perbelanjaan untuk reakreasi adalah seperti pelancongan. saya bersama suami dan anak anak biasanya akan bercuti sekurang kurangnya sekali dalam setahun ke mana mana destinasi pelancongan yang dirasakan sesuai bersama anak anak mengikut perancangan dan bajet yang dikongsi oleh suami dan saya. biasanya kami akan menaiki kereta ke tempat tersebut dan contohnya ke langkawi selama 3 hari 2 malam dengan menyewa motel atau hotel. sebelum bertolak saya akan mencari maklumat terlebih dahulu mengenai tempat yang akan dituju seperti tempoh masa perjalanan, tempat penginapan, aktiviti yang boleh dilakukan dan lain lain lagi. selepas itu saya dan suami akan ke tempat tersebut. biasanya pada hari pertama kami akan berehat dahulu dan pada keesokannya banyak lagi aktiviti yang kami lakukan seperti berjalan di tepi pantai, mandi manda di pantai, bermain air dan banyak lagi. pada hari kedua biasanya membeli belah cenderamata dan lain lain untuk di bawa pulang. pada hari ketiga barulah bertolak balik. saya sangat teruja apabila bercuti