Seterusnya, pihak berkenaan harus mempunyai kuasa mengurus krisis keselamatan makanan dengan cepat dan berkesan. Walaupun pelbagai pemeriksaan telah dijalankan oleh agensi berkaitan, kejadian krisis keselamatan makanan masih berlaku. Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil merupakan pendekatan penting bagi meminimakan kemunculan bahaya berkaitan makanan. Bagi menghindarkan bahaya kepada pengguna, maklumat yang tepat dan cepat perlu diperolehi bagi membolehkan pihak berkuasa menilai risiko untuk melaksanakan langkah-langkah yang sesuai. Mekanisma amaran pantas yang seragam perlu diwujudkan dalam menjangka kemungkinan dan menangani ancaman risiko keselamatan makanan.