Seluruh dunia meraikan Hari Kanak-kanak. Majlis Bandaraya Kuching turut menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Program sambutan tersebut telah diadakan di salah sebuah pusat rekreasi yang terdapat di Kuching, Sarawak. Ada gerai yang menyediakan makanan segera dan susu percuma untuk kanak-kanak.
Selain itu, maskot Upin Ipin turut menghiburkan kanak-kanak yang hadir. Kanak-kanak mengambil kesempatan untuk bersalaman dan bergambar dengan maskot tersebut. Acara lain turut diadakan untuk memeriahkan masjlis tersebut.
Setelah selesai, kanak-kanak bersurai pulang mengikut ibu bapa masing-masing. Mereka pulang dengan gembira selepas menikmati hidangan yang disediakan.