Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]