Dalam pembahagian kuasa pemerintahan, Perkara 93 memberi kuasa kepada
kerajaan persekutuan untuk menjalankan siasatan (sama ada dengan suruhanjaya
atau lain-lain), membuat tinjauan dan mengumpul serta menyiarkan apa-apa
perangkaan yang difikirkan patut walaupun siasatan, tinjauan dan perangkaanperangkaan
itu adalah berhubung dengan sesuatu perkara negeri. Selain itu, Perkara
94 memperuntukkan bahawa kuasa pemerintah bagi persekutuan adalah meliputi
kuasa untuk menjalankan penyelidikan, mengadakan dan menyelenggarakan stesen
ujikaji, memberi nasihat serta bantuan teknik kepada kerajaan-negeri. Dalam
menjalankan kuasa pemerintahan persekutuan, seseorang pegawai yang diberi kuasa
oleh kerajaan pusat di bawah Perkara 95 boleh memeriksa mana-mana jabatan atau
kerja kerajaan negeri dengan tujuan hendak membuat suatu laporan mengenainya
kepada kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun pemeriksaan hanya boleh
dilakukan ke atas jabatan yang tidak secara ekslusifnya berada dalam kelayakan
negeri. Selain itu, Perkara 81 memperuntukkanbahawakuasapemerintahtiap-tiap
negeri hendaklah dijalankan supaya apa-apa undang-turdang persekutuan yang dipakai
bagi negeri itu dipatuhi dan supaya tidak menghalang kelicinan perjalanan kuasa
pemerintahan persekutuan.