Perbelanjaan yang terkini adala semasa saya mengikuti kursus kepimpinan diri demi untuk meningkatkan sahsiah diri. Sebagai seorang yang menjawat jawatan didalam pengurusan syarikat, saya sentiasa memerlukan peningkatan diri supaya setiap kursus yang saya hadiri akan memberi manfaat besar terutamanya pada diri saya dan juga kepada pasukan kerja saya. Melalui kursus kepimpinan yang dihadiri, banyak perkara baru yang dapat dipelajari terutamanya gaya kepimpinan yang terkini yang sedang dipraktitkan diperingkat dalam negara dan diterima pakai di luar negara. Kursus yang dihadiri oleh saya adalah ditanggung sendiri oleh pihak saya dan saya merasa amat berbaloi dengan perbelanjaan diatas kursus tersebut Tambahan pula cara pembayaran untuk menghadiri kursus tersebut amat mudah iaitu pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dan pembayaran juga dibuat atas talian dimana saya memilih untuk menggunakan kad kredit bagi tujuan tersebut.