Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja di rumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-kurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para suri rumah tidak perlu lagi membasuh kain dengan menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen . Disamping itu penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan.
Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html#ixzz4BRMONWWG