saya dan keluarga biasa nya membeli barangan keperluan asas daripada kedai serba neka atau kedai runcit yang dekat dengan kawasan kediaman. walaupun harga barang barang yang di jual agak mahal tapi ianya memudah kan proses membeli. Sekiranya saya perlu singgah dan membeli di gedung yang besar ianya akan mengambil masa ya ng lama kerana kesesakan jalan dan orang ramai. Walaupun begitu kadang kadang pemilik kedai runcit biasanya akan menawarkan harga yang murah disebabkan saya merupakan pelanggan tetap. Selain daripada itu mereka menawakan perkhidmatan menghantar ke rumah sekiranya barangan tersebut agak besar atau berat. Perkhidmatan seperti ini sudah tentu menjimatkan masa. Tetapi membeli di kedai runcit mempunyai pilihan yang terbatas kerana sukar membandingkan harrga atas sebab pilihan yang terhad. Kebaikkan nya ialah kita boleh mengekalkan hubungan baik antara pemilik kedai dan keluarga kita.