Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Dia melihat Mak Cik Noraini, sepupu papa, sedang sibuk membancuh kopi dan menggoreng karipap. Mak Cik Noraini menyuruh Julia makan seketul karipap sahaja dan meninggalkan baki yang lain untuk papa dan mama Julia.
Sambil menghidangkan kopi O kepada Julia, pandangan Mak Cik Noraini tertumpu kea rah tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan mak cik kesayangannya itu. Di luar, papa Julia, Encik Jeffri, sedang sibuk mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka. Intan Maliana, mama Julia pula sedang berehat di sebuah kerusi plastik berwarna merah sambil bercakap kepada suami tercinta.
Hubungan mesra, intim, dan bahagia terjalin erat antara mereka. Perbualan mereka berkisar tentang kacang panjang yang ditanam oleh mereka sama ada mencukupi untuk mereka berempat. Papa mahu mama memasak lauk pada malam nanti kerana baginya, masakan mama amat sedap dan sentiasa memenuhi seleranya.
Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman jagung. Menurut papa, jagung yang ditanamnya perlu menunggu selama dua atau tiga minggu sebelum jagung tersebut matang. Bagi mama, jagung separa matang sedap dibuat bubur jagung yang merupakan makanan kegemaran Encik Jeffri. Papa sempat mengusikya dengan mengatakan bahawa dia hanya suka bubur jagung masakan kekasih hatinya sahaja. Mama mula merajuk seketika sebelum mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk menikmati minuman petang yang disediakan oleh Mak Cik Noraini.
Kasih sayang Encik Jeffri terhadap Puan Intan Maliana begitu dikagumi oleh puteri tunggal mereka, Julia. Julia sendiri berasa harmoni dan bahagia tinggal di sisi mereka berdua yang saling menyayangi. Kadang kala Julia berasa segan apabila papa dan mama tanpa segan silu memperlihatkan belaian kasih saying antar mereka di hadapan Julia kerana bagi Julia, dia sudah menjadi seorang remaja belasan tahun.
Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Dia melihat Mak Cik Noraini, sepupu papa, sedang sibuk membancuh kopi dan menggoreng karipap. Mak Cik Noraini menyuruh Julia makan seketul karipap sahaja dan meninggalkan baki yang lain untuk papa dan mama Julia.Sambil menghidangkan kopi O kepada Julia, pandangan Mak Cik Noraini tertumpu kea rah tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan mak cik kesayangannya itu. Di luar, papa Julia, Encik Jeffri, sedang sibuk mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka. Intan Maliana, mama Julia pula sedang berehat di sebuah kerusi plastik berwarna merah sambil bercakap kepada suami tercinta.Hubungan mesra, intim, dan bahagia terjalin erat antara mereka. Perbualan mereka berkisar tentang kacang panjang yang ditanam oleh mereka sama ada mencukupi untuk mereka berempat. Papa mahu mama memasak lauk pada malam nanti kerana baginya, masakan mama amat sedap dan sentiasa memenuhi seleranya.Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman jagung. Menurut papa, jagung yang ditanamnya perlu menunggu selama dua atau tiga minggu sebelum jagung tersebut matang. Bagi mama, jagung separa matang sedap dibuat bubur jagung yang merupakan makanan kegemaran Encik Jeffri. Papa sempat mengusikya dengan mengatakan bahawa dia hanya suka bubur jagung masakan kekasih hatinya sahaja. Mama mula merajuk seketika sebelum mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk menikmati minuman petang yang disediakan oleh Mak Cik Noraini.Kasih sayang Encik Jeffri terhadap Puan Intan Maliana begitu dikagumi oleh puteri tunggal mereka, Julia. Julia sendiri berasa harmoni dan bahagia tinggal di sisi mereka berdua yang saling menyayangi. Kadang kala Julia berasa segan apabila papa dan mama tanpa segan silu memperlihatkan belaian kasih saying antar mereka di hadapan Julia kerana bagi Julia, dia sudah menjadi seorang remaja belasan tahun.
正在翻譯中..
![](//zhcntimg.ilovetranslation.com/pic/loading_3.gif?v=b9814dd30c1d7c59_8619)