Lawatan sambil belajar sering dianjurkan oleh persatuan-persatuan kokurikulum di sekolah. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan seumpama itu.Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu tempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yang memberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan baru. Kepentingan aktiviti in turut mendapat liputan meluas dalam media massa terutama akhbar dan televisyen negara ini. Sesungghnya, ada pelbagai impak positif yang timbul menerusi aktiviti luar darjah ini terutama kepada pelajar.Impak positif yang pertama ialah hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih intim. Keakraban ini terjalin kerana guru dan pelajar perlu berinteraksi apabila merancang aktiviti seperti ini untuk satu tempoh yang lama. Pada masa yang sama hubungan ini menyebabkan guru lebih memahami pelajarnya dan boleh membantu mereka untuk menjadi seorang manusia yang lebh baik menerusi pemahaman sebegini. Jelaslah, aktiviti lawatan sambil belajar ini mempunyai impak seperti menyelam sambil minum air kepada semua pihak terutama pelajar.