Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya tangan kita menjadi benar-benar bersih.
Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita.
Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.
Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari makanan kita.
Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.