dari Segregasi ke integrasi
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memahami konsep segregasi dan integrasi dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
2. Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia.
3. Menghargai peranan masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
Pengenalan
Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya kita perlu berusaha untuk memupuk integrasi dalam kalangan rakyat. Segregasi berlaku kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut etnik. Integrasi antara kaum pula memerlukan usaha dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara top-down atau bottom-up dalam merealisasikan negara Malaysia yang unggul menjelang tahun 2020. Kepelbagaian rakyat Malaysia perlu dilihat sebagai aset yang tidak sekadar berjaya memupuk kesepaduan sosialnya, malah menuju ke arah integrasi. Integrasi hanya akan dapat terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik itu bersedia menerapkan unsur-unsur akomodasi, akulturasi hingga ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka. Persoalannya, apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha membina integrasi pelbagai etnik di negara ini? Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam memupuk dan membina integrasi?
dari Pengasingan ke Penyatuan
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini.
Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua-dua negara, tetapi terdapat pengajaran penting tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut. Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan dari tahun 1948 hingga tahun 1994 didasarkan oleh undang-undang yang dikenali sebagai dasar aparteid.
dari Segregasi ke integrasi hasil Pembelajaran Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Memahami konsep segregasi dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 2. Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. 3. Menghargai peranan masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Pengenalan Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya kita perlu berusaha untuk memupuk integrasi dalam kalangan rakyat. Segregasi berlaku kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut etnik. Integrasi antara kaum pula memerlukan usaha dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara top-down atau bottom-up dalam merealisasikan negara Malaysia yang unggul menjelang tahun 2020. Kepelbagaian rakyat Malaysia perlu dilihat sebagai aset yang tidak sekadar berjaya memupuk kesepaduan sosialnya, malah menuju ke arah integrasi. Integrasi hanya akan dapat terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik itu bersedia menerapkan unsur-unsur akomodasi, akulturasi hingga ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka. Persoalannya, apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha membina integrasi pelbagai etnik di negara ini? Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam memupuk dan membina integrasi? dari Pengasingan ke PenyatuanSegregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua-dua negara, tetapi terdapat pengajaran penting tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut. Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan dari tahun 1948 hingga tahun 1994 didasarkan oleh undang-undang yang dikenali sebagai dasar aparteid.
正在翻譯中..