AKTA PERANTI PERUBATAN 2012
PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN 2012
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 79(2) Akta Peranti
Perubatan 2012 [Akta 737], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Peranti Perubatan 2012.
(2) Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.
Tafsiran
2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain—
“pelabelan” adalah suatu istilah yang digunakan bagi merangkumi semua bahan
bertulis, bercetak atau grafik yang dikemukakan oleh pembuat dengan tujuan untuk
menyediakan maklumat berhubung suatu peranti perubatan kepada pengguna dan lain-
lain, yang boleh dilekatkan kepada peranti perubatan itu sendiri, pada
pembungkusannya atau sebagai suatu sisipan pembungkusan atau boleh disediakan
melalui cara lain, sebagai contoh melalui cara elektronik, jika bersesuaian bagi maksud
sebagai suatu cara tambahan atau alternatif bagi menyampaikan maklumat tertentu
berkaitan dengan peranti perubatan itu;
“pemegang lesen” ertinya mana-mana orang yang mendapat dan memegang lesen
establismen di bawah Akta ini;
“pemegang pendaftaran”,berkaitan dengan suatu peranti perubatan yang
didaftarkan, ertinya suatu establismen yang atas permohonannya peranti perubatan itu didaftarkan di bawah Akta