hubungan saya dengan ibu dan ayah adalah sangat baik. ibu dan ayah saya jugak duduk dengan saya bersama isteri saya dan anak-anak. tiada masalah yang besar walaupun ibu dan bapa saya duduk bersama saya. mengenai adik beradik pulak, saya selalu melawat mereka dan ada masanya kami semua akan merancang percutian keluarga untuk beriadah dan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara adik beradik. begitu jugak dengan keluarga mentua saya. saya melawat mereka termasuk adik beradik belah isteri saya. suami dan isteri perlu sentiasa bertolak ansur di dalam pelbagai hal supaya kerukunan rumah tangga dapat dijaga. sebolehnya dan semampunya saya akan buat yang terbaik untuk keseluruhan ahli keluarga saya tanpa ada kekangan batasan.