Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia terutamanya semasa era selepas merdeka, yang pada masa tersebut majoriti penduduk tertumpu kepada kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Namun dengankepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur di pandang sayu terutamanya oleh mereka yang tinggal di bandar. Sebenarnya, sektor pertanian ini mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia.