Kawasan tempat tinggal saya adalah satu taman perumahan yang luas dan didiami pelbagai bangsa.Segala kemudahan telah sedia ada seperti sekolah,pasaraya kecil dan besar,masjid,surau,balai polis,tempat riadah dan juga kedai-kedai keperluan lain seperti bengkel kereta dan motorsikal,kedai-kedai makan mamak dan tomyam.Boleh dikatakan serba lengkap sepenuhnya kerana apa yang diinginkan segalanya ada tersedia. Hubungan dengan jiran adalah amat akrab sekali dimana kami sentiasa bertegur sapa,bertandang ke rumah jiran apabila ada sesuatu majlis seperti kenduri,hari raya dan sebagainya.Kami juga sentiasa bermuafakat dalam membuat segala keputusan dengan mengadakan mesyuarat bagi meminta pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu yang berlaku di kediaman kami.Kami sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain kerana penghuninya adalah dari bebilang bangsa dan agama.Perkara ini amat penting bagi keharmonian kawasan kediaman ini. Perkara yang paling disukai adalah kawasan ini tenang,aman dan damai.Selama hampir 12 tahun saya mendiami kawasan ini,belum pernah lagi saya dan jiran-jiran yang lain mengalami sesuatu kejadian yang tidak diingini.Tiada sebab saya untuk menyatakan perkara yang tidak di sukai kerana segalanya aman dan damai.Saya amat berharap semuanya akan bekekalan sampai bila-bila.