baru baru ini semasa hari raya yang ketiga, saya sekeluarga bersama kelarga belah mertua telah melancong di sebuah pusat peranginan di mersing. kami bercadang pergi melancong disebabkan semua ahli keluarga berkumpul balik kampung termasuk yang belajar di luar negara dan kami fikir alang alang lebih baik pergi bercuti bersama. kami pergi untuk merapatkan hubungan kekeluargaan kerana kami jarang berjumpa antara satu sama lain. saya dan isteri hanya sempat balik beberapa kali setahun manakala begitu juga ahli keluarga di luar negara yang hanya sempat balik sekali setahun. pada asal nya kami bercadang untuk pergi ke pulau tioman tetapi semua hotel dan resort sudah penuh selain tidak sesuai untuk anak kecil menaiki bot. kemudian kami memilih mersing kerana pantai yang cantik dan landai selain kos yang agak berpatutan serta tidak jauh dari rumah mertua. kami menhabiskan masa 3 hari dan 2 malam di sana. kami berkhemah di sana dan bermain bola tampar bersama selain mengadakan barbeku pada waktu malam