Selain pendedahan di dewan kuliah, pendedahan boleh dijana dalam bentuk akativiti kokurikulum yang disedia oleh pihak universiti. Mahasiswa sewajarnya bergiat aktif dalam kegiatan ini untuk mengasah bakat kepemimpinan dalam diri mereka. Usaha ini amat membantu universiti melahirkan pelajar berkualiti. Pelajar universiti juga seharusnya didedahkan kepada dunia kerjaya lebih awal. Apa-apa juga keadaannya, negara amat memerlukan graduan yang bermutu tinggi. Sistem pendidikan yang ada sebenarnya memadai untuk menghasilkan tenaga kerja yang berwibawa. Pihak universiti tidak sepatutnya dipersalahkan jika graduan tidak memperoleh pekerjaan. Pelbagai sudut harus dikaji sebelum sesuatu kesimpulan dibuat oleh mana-man pihak.