Kajian yang kami buat adalah melalui internet dan lawatan ke Gurdwara Sahib Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Untuk lebih memahami kaum dan tabiat kaum Sikh, kami telah menemu ramah beberapa orang Sikh dan membuat transkrip untuk memudahkan projek kami. Internet terdapat banyak maklumat tentang kaum Sikh yang nyata dan tidak nyata, terdapat juga makanan traditional, budaya, pantang larang dan banyak lagi. Tetapi maklumat yang berada di internet tidak kukuh seperti manual transkrip yang direkod semasa temu bual. Selain dua bahagian yang boleh memperoleh maklumat untuk menyiapkan tugas yang diberi, kami juga melangkah tapak ke perpustakaan untuk membaca buku rujukan yang berkaitan dengan kaum Sikh. Perbuatan ini bukan sahaja memberi bukti yang kukuh dan nyata dalam menegaskan maklumat yang dicari, tetapi juga menambah ilmu kami dalam kaum Sikh yang tidak dapat dipersembahkan dalam projec kami. Saya amat bersyukur kerana Universiti Xiamen Malaysia mempunyai laut pengetahuan yang membantu saya menyiapkan tugas saya, tanpa buku rujukan di perputakaan, cabaran yang kami hadapi susah diharungi dan tugas tidak boleh disiapkan tepat pada masanya.