Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan-moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen 'siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka' masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.