Saidina Abu Bakar pernah berpesan bahawa sebaik-baik manusia adalah manusia yang sering meminta dan memberi nasihat. Uswahnya, apabila melakukan kerja-kerja dirumah, mintalah pertolongan dan pandangan daripada ibu bapa agar pekerjaan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. Janganlah melakukan sesuatu kerja itu bagai melepaskan batuh di tangga. Tuntasnya, taatilah perintah, suruhan dan nasihat ibu bapa kerana amalan ini merupakan salah satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.